Alam jin adalah alam
yang berdiri sendiri, ia terpisah dan berbeza dengan alam manusia tetapi
kedua-duanya hidup dalam dunia yang sama, kadang tinggal di dalam rumah
yang dibina atau di diami manusia. Kedua-duanya pun mempunyai persamaan
yakni wajib untuk beribadah kepada Allah: "Tidaklah aku ciptakan jin
dan manusia kecuali hanyalah untuk beribadah kepadaKu" (Surah
Adz-Dzariyat 51:56).
Menurut Ibnu Aqil
sebagaimana dikutip asy-Syibli dalam bukunya Akam al-Marjan fi Ahkam
al-Jann, mengatakan bahawa makhluk ini disebut dengan jin kerana secara
bahasa jin bermaksud yang tersembunyi, terhalang, tertutup. Disebut jin,
kerana makhluk ini terhalang (tidak dapat dilihat) dengan mata kasar
manusia. Oleh kerana itu, bayi yang masih berada di dalam perut ibu,
disebut janin (kata janin dan jin mempunyai kata dasar yang sama iaitu
jann) kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata. Demikian juga orang gila dalam bahasa Arab disebut dengan majnun (dari kata jann juga) kerana akal sehatnya sudah tertutup dan terhalang.
0 Response to "Doa mengusir Jin dan Syaitan"
Post a Comment